Sesetengah orang berpandangan bahawa sedekah itu pemberian sesuatu dari seorang kepada seorang yang lain mengharapkan keredaan Allah. Suatu pemberian itu sebagaimana yang difahami mungkin dalam bentuk makanan, pakaian, tempat tinggal dan benda-benda yang mempunyai manfaat.
Namun apabila disingkap makna sedekah menurut hadis, ia dilihat lebih menyeluruh dan tidaklah terbatas kepada benda-benda sahaja. Hadis dari Abu Zar riwayat muslim yang berbunyi;
يا رسول الله! ذهب اهل الدثور بالأجور يصلون كما نصلي ويصومون كما نصوم ويتصدقون بفضول اموالهم, قال اوليس قد جعل الله لكم ما تصدون, إن كل تسبيحة صدقة وكل تكبيرة صدقة وكل تحميدة صدقة وكل تهليلة صدقة وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن منكر صدقة وفي بضع احدكم صدقة. قالوا يا رسول الله! ايأتي احدنا شهوته ويكون له فيها اجر. قال أريتم لو وضعها في حرام أكان عليه وزر فكذلك إذا وضعها في الحلال كان له أجر
Maksudnya:
Ya Rasul Allah!.... orang yang berharta telah mendapat pahala yang lebih baanyak dari kami. Mereka solag sebagaiman kami solat dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, tetapi mereka bersedekah dengan kelebihan harta yang mereka miliki.
Berkata Rasul Allah; bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu sesuatu yang boleh dijadikan sedekah? Sesungguhnya dengan tasbih, takbir, tahmid, tahlil, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan pada kemaluan seseorang merupakan salah satu dari jenis sedekah.
Mereka berkata; Adakah kami gunakan syahwat kami juga ada pahala. Berkata Rasul Allah; Apa pendapat kamu jika digunakan pada yang haram, tentu dosa padanya demikian pula jika digunakan pada jalah yang halal tentu disisi kamu ada pahala.
Di dalam surah ad dhuha, Allah meluaskan lagi maksud sedekah melalui pelaksanaan solat-solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat sunat tahajjud dan solat sunat witir. Perbincangan mengenai sedekah diluaskan lagi dengan pemberian kasih sayang dan mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan orang yang meminta pertolongan.
Nabi Muhammad sebagai utusan Allah kepada seluruh manusia telah menunjukkan teladan yang baik. Ummi Salamah yang kematian suami dalam peperangan. Lalu baginda meminang Ummi Salamah dan anak-anak tirinya seperti Zainab diasuh dan dididik dengan didikan yang baik sehingga Zainab menjadi seorang ahli fiqh yang terkenal di Madinah.
Dalam Peperangan Mu'tah, Jaafar bin Abu Talib telah gurur syahid. Selepas tiga hari berita kematian Jaafar diterima, Nabi Muhammad telah menziarahi keluarga Jaafar yang terdiri dari jandanya dan dua orang anak lelaki yang bernama Abdullah dan Muhammad yang masih kecil lagi. Lalu Nabi Muhammad menganggap anak-anak Jaafar sebagai anak saudara baginda dan dibahunya kanak-kanak ini akan dijaga dan diasuh. Nabi Muhammad telah mendoakan anak-anak Jaafar. Selepas kewafatan Nabi, Abdullah bin Jaafar terkenal dengan kekayaannya dan dermawannya.
Dalam surah muzammil Allah memerintahkan umat Islam supaya mendirikan solat tahajjud dan berzikir di waktu malam. Namun selepas hijrah ke Madinah, keadaan umat Islam semakin selesa. Ada di antara mereka yang sakit, ada juga yang sibuk dengan aktiviti mencari mata pencarian dan tidak kurang yang berjihad di jalan Allah. Mereka telah diberi ganti supaya membaca dari mana-mana surah dari al quran.
Kesimpulannya, masa yang ada janganlah dibuangkah sahaja, isilah dengan sedekah yang termampu kita malaksanakan.