Monday, April 21, 2008

Kebanggaan diri dengan blog ini


Aku berbangga kerana dipelawa untuk menelusuri blog yang akan mencungkil bakat terpendam pada diriku ini. Walaupun aku seorang yang memegang ijazah dan mendapat DG41, namun dari segi gaji, kawanku yang memiliki DG32 lebih mendahului aku. Apa nak buat, itu pilihanku. Mana tahu rezeki yang lain akan datang mencurah-curah di kemudian hari.


Janganlah cemerlang dari segi pendapatan sahaja yang perlu diambil kira. Kecemerlangan diri dari segi keluhuran rohani(SQ), kesegaran fizikal (EQ) dan kecerdasan akal (IQ) juga perlu disuburkan. Lihat saja sahabat-sahabat nabi seperti Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Mereka mempunyai kecemerlangan dari rohani, fizikal dan akal. Tidak hairanlah jika Abu Bakar dipilih sebagai khalifah yang pertama dan disusuli pula oleh Umar. Khalifah Abu Bakar mungkin tidak dapat dicungkil kecemerlangannya, akan tetapi penulisan dan pengumpulan al quran telah dilakukan di dalam zamannya. Manakala siasah pemerintahan negara yang berteraskan perundangan Islam dilakukan di zamannya.


2 comments:

Zahab Ahmad said...

ya! ke ni aku punya.

dalilyD-LA~~ said...

salam...nmpknyer link name sy tertulis di blog ini...terima kasih diiucapkan pd ustaz zahab...kirim kn salam sy pd anak ustaz(razin ulfah)...da lame xcontact dgnnya...ntah ingat ntah tidak die pd sy...semoga usaha ustaz utk menulis blog berterusan...